Jawatan Annuar Musa Sebagai Setiausaha Agung BN Dilucut, Diganti Ahmad Maslan

0
931

 

Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Datuk Ahmad Maslan menggantikan Tan Sri Annuar Musa sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional berkuatkuasa serta merta.

 

Menurut sumber, Ahmad Zahid mengumumkan keputusan tersebut dalam ucapan semasa perjumpaan khas dengan Ketua-ketua UMNO Bahagian seluruh negara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebentar tadi.

 

Penggantian Annuar Musa ini dipercayai merupakan sebahagian hala tuju baharu UMNO yang turut mengumumkan penarikan sokongan kepada kerajaan sebelum 1 Februari ini. – SUARATV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here