Cadangan Beri Kerusi Pagoh Kepada Muhyiddin, Tiada Siapa ‘Jilat’ Siapa

0
1059

Awal tahun 2021 ini situasi politik kita dipanaskan dengan usul UMNO menolak kerjasama dengan BERSATU.

Ada laporan mengatakan 143 daripada 191 Ketua UMNO Bahagian sokong untuk tolak kerjasama dengan BERSATU untuk berhadapan PRU15 nanti.

Baca : 143 Daripada 191 Ketua UMNO Bahagian Tolak BERSATU

Tapi dicelahan itu, kenyataan Ketua Penerangan UMNO Johor, Datuk Sri Dr Adham Baba membuatkan ramai terkejut dan sedikit marah.

Ketika dalam satu sidang media di Johor, Adham memaklumkan kepada pihak media bahawa Perhubungan UMNO Johor akan beri laluan untuk Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin untuk bertanding di kerusi Parlimen Pagoh.

Tetapi majoriti perwakilan UMNO Bahagian Pagoh menolak keras cadangan itu dan mahu calon UMNO kekal bertanding di situ kerana ia kerusi tradisi UMNO.

Tak kurang ramai yang serang Adham. Kata mereka Adham menjadi tali barut, balaci Perdana Menteri dan bermacam lagi.

Cerita sebenarnya berbeza. Adham tidak pandai-pandai sendiri buat kenyataan bagi pihak Perhubungan UMNO Johor tanpa keputusan konsesus.

Apa yang Adham sebut sebenarnya dari keputusan Perhubungan UMNO Johor yang dipengerusikan oleh Datuk Ir Hasni Mohamad yang juga Menteri Besar Johor.

Malah Hasni juga membuat kenyataan tambahan bahawa Perhubungan UMNO Johor tetap akan mencadangkan Muhyiddin bertanding di Parlimen Pagoh.

Soal perwakilan UMNO Bahagian Pagoh tidak bersetuju, Hasni akan berbincang lebih lanjut agar cadangan itu diterima.

Bukan Pengerusi Perhubungan UMNO Johor sahaja yang mahu cadangan itu, malah, Pengarah Pilihanraya UMNO Malaysia iaitu Datuk Sri Tajuddin Abdul Rahman juga telah bersetuju bahawa kerusi Parlimen Pagoh perlu diberi laluan untuk Perdana Menteri bertanding.

Tajudin meminta semua ahli UMNO untuk melihat perkara ini dalam konteks yang lebih luas dan cadangan ini kata Tajudin hanya untuk kerusi Parlimen Pagoh sahaja.

Ahli dan jentera UMNO harus selidik terlebih dahulu perkara ini sebelum membuat kesimpulan yang akan mengeruhkan lagi keadaan.

Jika Muhyiddin merupakan calon boleh menang di Parlimen Pagoh, eloklah UMNO memberi laluan untuk satu kerusi itu.

Lain-lain kerusi pula yang berlaku pertindihan antara UMNO dan BERSATU perlu dikaji dan dirunding baik-baik. Hanya calon dari parti boleh menang sahaja perlu diletakkan di situ supaya dalam PRU15 nanti UMNO akan dapat kemenangan besar hingga dapat membentuk kerajaan kuat bersama kawan-kawan yang sealiran perjuangan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here