Teresa Kok Dibidas “Sanjung” Pengedar Dadah Warga Hong Kong

0
3187

MESKIPUN dadah dianggap musuh negara nombor satu, namun masih ada warga negara Malaysia yang dilihat tidak sensitif dengan menyanjung bekas pengedar dadah secara terbuka baru-baru ini.

Menerusi satu hantaran Facebook, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membidas Ahli Parlimen DAP, Teresa Kok yang dilihat meraikan hari pembebasan pengedar dadah warga negara Hong Kong, di KLIA Rabu lalu.

“Saya faham Teresa Kok ingin publisiti.

“Tapi saya rasa mempromosikan warga asing yang pernah menyeludup dadah ke negara kita sebagai contoh kenapa DAP mahu mansuhkan hukuman mati adalah cara kurang sesuai, biarpun warga asing tersebut telah menjalani hukuman penjara selama 27 tahun,” kata Najib.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan mengingatkan kesan penyalahgunaan dadah telah menyebabkan kehidupan ramai masyarakat Malaysia musnah.

“Perlu ingat bahawa dadah membunuh. Ramai keluarga dan nyawa warga Malaysia telah hancur akibat penyalahgunaan dadah,” katanya.

Terdahulu, Teresa yang juga Ahli Parlimen Seputeh, membuat hantaran di Facebook miliknya, meraikan pembebasan pengedar dadah warganegara Hong Kong, Chu Tak Fai.

Teresa turut memuat naik gambar dirinya dan beberapa individu lain bersama Tak Fai di KLIA yang sedang menunggu pesawat untuk pulang ke Hong Kong setelah merengkok 27 tahun di penjara kerana kesalahan mengedar dadah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here