Saturday, October 23, 2021
POLITIKHamzah Simpulkan Lompat Parti Bukan Pengkhianat

Hamzah Simpulkan Lompat Parti Bukan Pengkhianat

Gelaran pengkhianat atau duri dalam daging kepada mana-mana parti politik di negara ini selepas pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak sepatutnya timbul kerana matlamat asas kepada penubuhan kerajaan baharu adalah untuk menumbangkan Pakatan Harapan (PH).

Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, beberapa perbincangan awal diadakan dalam kalangan ahli-ahli parlimen daripada pelbagai parti politik yang berkongsi aspirasi sama menyelamatkan negara agar Perdana Menteri yang pada ketika itu disandang oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad meneruskan kepimpinannya dengan kerajaan baharu.

“Bagi memastikan segala perancangan ini dapat direalisasikan, beberapa ahli parlimen terpaksa berkorban dengan membuat beberapa keputusan yang penting.”

“Ini termasuklah penyertaan beberapa ahli-ahli parlimen tertentu ke dalam parti baharu untuk memastikan usaha ini dapat dijayakan,” katanya kepada Utusan Malaysia disini semalam.

Beliau menyorot kejatuhan PH pada 23 Februari lalu apabila gabungan politik daripada PKR, Parti Amanah Negara (Amanah), DAP dan sekutunya Parti Warisan Sabah (Warisan) tidak lagi mempunyai majoriti untuk mengekalkan pemerintah kerajaan pusat.

Ia susulan keputusan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, membawa keluar Bersatu bersama 11 ahli parlimen PKR daripada gagasan itu. PH yang sebelum ini membentuk kerajaan dengan 139 kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (Pru14) Mei 2018 kini hanya mempunyai 102 kerusi.

Jangkamasa 22 bulan di bawah PH menyaksikan kegagalan gabungan itu menunaikan pelbagai janji manifesto pada PRU14, pertikaian mengenai hak istimewa orang melayu dan bumiputera, pengurusan ekonomi yang lemah dan pelbagai isu yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara.

Artikel berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Berita terkini

Popular