Filem bergenre seram pertama berunsurkan zombie yang diterbitkan di Indonesia dijangka akan menggegarkan pawagam rumah anda melalui saluran Astro First.
Zeta : The Dead Awaken mengisahkan tentang Deon (Jeff Smith) yang menyaksikan kejadian aneh ketika seorang rakan yang dipukulnya tiba-tiba menggigit leher jururawat dan menjadi kanibal.
Selepas itu, serangan dari zombie berlaku dengan cepat di sekolah dan di jalanan, sehinggakan Deon terpaksa menjemput ibunya, Isma (Cut Mini), di apartmen Teratai Asri.
Deon dan ibunya terperangkap di dalam apartmen sementara penduduk lain melarikan diri.
Sementara itu di Pangkalan Tentera Lima, Kolonel Vito (Joshua Pandelaki) menyambut Richard (Willem Bevers}, ayah Deon, seorang saintis, yang menemui asal usul wabak yang didapati berasal dari evolusi parasit amuba bernama Naegleria-ross zeta, dan serum Zeta yang diciptakannya terletak di apartmen Teratai Asri.
Kolonel Vito memutuskan bahawa pasukan mereka mengunjungi geng pembunuh zombie yang dipanggil Blue River untuk mendapatkan strategi pertempuran terbaik melawan zombie.Deon juga cuba memerangi zombie yang menyerang apartmen.