Susulan ketegangan yang timbul di Perak berhubung usul undi percaya yang dibuat terhadap Ahmad Faizal Azumu semalam, bekas menteri besar itu dilihat cuba menyifatkan UMNO dan DAP telah bekerjasama untuk menjatuhkan beliau. Lantaran itu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tampil membidas kenyataan tersebut.
Sebelum itu, Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Chenderiang, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu secara sinis menganggap kerjasama antara UMNO dan DAP ketika menolak usul undi percaya terhadap beliau sebagai satu petanda baik untuk negara.
“Mungkin ini petanda baik buat negara kita apabila UMNO boleh bekerjasama dengan DAP untuk gugurkan saya sebagai Menteri Besar,” katanya ketika ditemubual oleh Astro Awani.
Ahmad Faizal berkata, beliau masih tidak jelas dengan apa yang berlaku namun berdasarkan situasi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pagi tadi, Ahmad Faizal menegaskan, sudah tentu berlakunya rundingan melibatkan beberapa ADUN.
“Begitulah, saya nampak orang politik ini boleh bekerjasama untuk kepentingan kumpulan tertentu, kepentingan individu tertentu.
“Tapi saya masih lagi mengesyorkan kerjasama yang terjalin mestilah demi kepentingan rakyat. Jika saya telah menjadi virus kepada kepentingan rakyat, sudah tentu mereka perlu buat keputusan itu.
“Tapi malang pada diri saya, perkara ini tidak dimaklumkan kepada saya oleh kepimpinan UMNO di Perak,” katanya lagi.
Beliau berkata, meskipun kerap bertemu pemimpin UMNO dan Exco Negeri, namun mereka tidak pernah memaklumkan apa-apa permasalahan kepadanya.
“Tapi mungkin kerana kerusi MB itu terlalu diidamkan menyebabkan percaturan dibuat untuk ketepikan saya,” ujar Ahmad Faizal lagi.
Melalui hantarannya di Facebook semalam, Najib menulis;
Saya tak faham kenapa ada yang tuduh UMNO gabung dengan DAP padahal UMNO adalah satu-satunya parti dalam kerajaan pemerintah hari ini yang tidak pernah ada sejarah berpakat dengan DAP.
Yang paling kuat diserang DAP tiap-tiap hari, UMNO dan Najib.
Yang paling kuat menyerang DAP tiap-hari pula, UMNO dan Najib.
Tapi UMNO dan Najib pula dituduh bergabung dengan DAP?
Undi hari ini adalah keputusan UMNO Perak. Jika seorang dari geng PH tak undi pun dan berkecuali, MB Perak juga akan kalah dari segi jumlah undi dari ADUN-ADUN UMNO.
Tapi tidak mungkin ADUN-ADUN PH akan berkecuali dan tidak mungkin mereka akan undi sokong pada Peja – tak kira siapa atau parti apa yang usulkan undi percaya.
Hati2 Najib..jgn fitnah memakan diri..jgn ulang kerja bodoh mcm kes Jho low..kenal betul siapa musuh munafik…silap percaturan umno hilang sokongan…strategi kena bijak…plan .ganti aja si zahid dgn calon PM berwibawa…anda sendiri ka..ku li ka atau mohamad hassan ka baru dpt sokongan padu rakyat
Sepatutnya Datuk Najib dan pemimpin UMNO yang ada kes mahkamah seperti Datuk Zahid dan lain lain,berundur dan jgn campur urusan parti kerana akan menyukarkan lagi usaha memulihkan UMNO, seandainya benar ucapan di mulut sayangkan Islam, Bangsa Melayu,tanah air dan parti UMNO…….tapi tindakan Datuk Najib dan kebanyakan pemimpin2 UMNO lebih kepada kepentingan diri dan gila nak berkuasa……itu pemahaman saya