Tuesday, September 21, 2021
POLITIK“Sejujur, Saya Tidak Gembira Dengan Apa Berlaku di Perak..." Kata Annuar

“Sejujur, Saya Tidak Gembira Dengan Apa Berlaku di Perak…” Kata Annuar

KUALA LUMPUR – Saya dukacita jika orang Melayu berpecah.

Itu ulasan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa ekoran insiden melibatkan ‘kekalahan’ undi percaya terhadap Menteri Besar Perak.

“Sejujur, saya tidak gembira dengan apa berlaku di Perak.Kita tidak berpeluang berbincang terlebih awal di peringkat biro politik atau Majlis Tertinggi UMNO.

“Saya berdoa agar perjuangan yang seharusnya mengutamakan solidariti dan perpaduan ummah tidak terjejas,” katanya dalam ciapannya di Twitter hari ini.

Hari ini, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu atau dikenali sebagai Peja gagal mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam usul undi percaya terhadapnya yang dikemukakan seorang ADUN dari Barisan Nasional (BN).

Dalam undian belah bahagi ketika permulaan sesi persidangan DUN itu pagi ini, daripada 59 ADUN yang mengundi hanya 10 bersetuju manakala 48 tidak bersetuju dan satu berkecuali.- MalaysiaGazette

Artikel berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Berita terkini

Popular