Saturday, October 23, 2021
DUNIAKhabib Lancar Eagle Mobile, Rangkaian Mudah Alih Sendiri

Khabib Lancar Eagle Mobile, Rangkaian Mudah Alih Sendiri

SELEPAS mengumumkan persaraannya pada Oktober lalu, juara lightweight UFC Khabib Nurmagomedov kini tampil dengan syarikat rangkaian mudah alihnya sendiri, Eagle Mobile.

Perkara itu diumumkan Khabib baru-baru ini menerusi laman Instagram miliknya.

“Hari ini merupakan pelancaran besar-besaran Eagle Mobile! Saya bekerja amat keras untuk menjadikan perkhidmatan ini sebagaimana yang saya sendiri mahu menggunakannya. Mudah untuk semua orang, difahami oleh semua orang, serta jujur dan bertanggungjawab.

“Setakat ini hanya Moscow dan rantau ini, tetapi untuk wilayah lain, tidak lama lagi. Ini adalah tugasan yang menarik dan baru bagi saya,” katanya.

Pengendali rangkaian maya mudah alih (MVNO) itu dinamakan sempena nama jolokan Khabib semasa di gelanggang iaitu ‘The Eagle’.

Menurut RT.com, rangkaian itu akan menyediakan perkhidmatan telekomunikasi tanpa wayar melalui kad sim yang boleh digunakan pada mana-mana peranti.

Khabib mengumumkan persaraannya dari sukan MMA selepas menewaskan Justin Gaethje pada aksi UFC 254.

Bagaiamanpun, baru-baru ini, timbul desas desus bahawa petarung ‘pound-for-pound’ UFC itu akan kembali untuk memenuhi impian arwah ayahnya bagi mencapai rekod 30 kemenangan tanpa kalah (30-0).
Malah, pengurusnya Ali Abdelaziz menerusi ciapan di Twitternya pada Rabu turut memberi bayangan seolah-olah Khabib akan bertarung dengan bekas juara berganda UFC, Georges St-Pierre.

Artikel berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Berita terkini

Popular