“Adakah Munasabah Untuk Mereka Yang Tengah ‘Lemas’ Tunggu 3 Bulan,” Soal Najib

0
2277

Susulan kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berhubung syarat-syarat pengeluaran wang dari akaun 1 semalam, hari ini bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekali lagi tampil menyuarakan kehendak rakyat apabila mempersoalkan kewajaran tempoh yang perlu ditunggu oleh pencarum.



Melalui status yang dimuatnaik pagi ini, Najib menulis;

Posting detailed menyusul nanti tapi saya perhatikan bahawa selain syarat keperluan bukti dokumen, timing pengeluaran juga menjadi satu lagi masalah.
Ramai yang sudah tunggu sejak bulan Oktober apabila saya dan UMNO mula menyuarakan saranan ini.

Tetapi pengumuman KWSP semalam bagi kategori 2 bermaksud:
– Ramai yang terdesak sudah tunggu sejak bulan Oktober,
– Perlu tunggu sehingga 11 Januari 2021 untuk memohon dengan pelbagai bukti dokumen,
– Kena tunggu lagi 2 hingga 3 minggu untuk dimaklumkan KWSP jika permohonan layak atau tidak.
– Jika layak, bayaran hanya akan dibuat sebelum akhir bulan berikutnya – iaitu pada akhir bulan Februari.

Sekarang awal bulan Disember.

Adakah ianya munasabah bagi mereka yang tengah lemas untuk tunggu 3 bulan lagi sehingga akhir bulan Februari sebelum mendapat pelampung sedangkan mereka sudah berharap sejak bulan Oktober iaitu 5 bulan dahulu?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here