[VIDEO] PPBM Setahun Jagung Lahirkan 2 PM, Akan Menang Besar PRU15, Kata Ketua Armada

1
1578

Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yakin parti berkenaan mampu menang besar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Menurut beliau, kemenangan itu boleh dicapai sekiranya momentum penerimaan ramai terhadap Bersatu dapat diteruskan di bawah kepimpinan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Rakan-rakan Armada semua, jika bertempur di medan juang, dialah panglimanya. Jika dilambung ombak di lautan, dialah nakhodanya.
“Di bawah karisma kepimpinannya, parti kita yang baru setahun jagung ini berjaya memecahkan monopoli dan melahirkan dua Perdana Menteri. Tidak lain dan tidak bukan, Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, presiden kita!

“Alhamdulillah, Belanjawan 2021 juga sudah lulus di peringkat dasar. Jika kita kekalkan momentum hari ini, percayalah tuan-tuan, kita akan berjaya di pilihan raya akan datang, malah kembali dengan majoriti dua pertiga yang tidak pernah dicapai sejak hampir dua dekad!” kata Wan Ahmad Fayhsal ketika menyampaikan ucapan dasar dalam Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 2020 pada Sabtu.

Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu kali ketiga ini disiarkan secara langsung menerusi Facebook berikutan situasi semasa pandemik COVID-19.

Bersatu diasakan oleh bekas pemimpin-pemimpin UMNO termasuk Muhyiddin dan Tun Dr Mahathir Mohamad menjelang PRU14.
Ekoran kejayaan Pakatan Harapan (PH) memenangi PRU14 menewaskan Barisan Nasional (BN), Dr Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri.

Bagaimanapun, awal tahun ini, krisis politik yang tercetus menyebabkan Dr Mahathir membuat keputusan meletakkan jawatan dan Muhyiddin menjadi Perdana Menteri.

Dalam perkembnangan berkaitan, Ketua Armada itu berkata, usaha untuk mencapai kemenangan dalam PRU tidak boleh dilakukan Bersatu bersendirian tanpa rakan-rakan dalam Perikatan Nasional (PN).

Malah kekuatan dalam kepelbagaian parti itu sudah terbukti diterima umum susulan kemenangan PN dalam Pilihan Raya Negeri Sabah baru-baru ini.

“Ini yang merupakan tawaran utama kita kepada warga Malaysia. Apabila semboyan pilihan raya sudah berbunyi, apabila ketumbukan kita berarak membentuk benteng dan formasi, kita gempur sebagai Pemuda Perikatan Nasional,” ujar Wan Ahmad Fayhsal. Awani

1 COMMENT

  1. Bukan menang besar tapi malu besar PRU15…..UMNO perlu car dan tentukani calon PM dari UMNO dgn segera samada ku li atau Mohamad Hassan…jgn simpan zahid lagi..lagi lama zahid berada sebagai presiden dua akan melengah2kan penyerahan kuasa dan Umno srmakin hilang keyakinan rakyat…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here