Wednesday, October 20, 2021
ISU SEMASAKenali Penyakit Ketagihan Seks, Adakah Anda Salah Seorang?

Kenali Penyakit Ketagihan Seks, Adakah Anda Salah Seorang?

Sememangnya nafsu seks adalah naluri manusia, bagaimanapun jika nafsu berkenaan sudah memasuki peringkat menjadi ketagih dan tidak boleh dikawal adalah merupakan satu penyakit yang perlu diberi perhatian.

Ketagihan seks atau turut dikenali dengan istilah lain seperti nymphomania, hypersexuality, erotomania dan obsesi seksual, masih tidak dibincangkan secara terbuka dan dianggap bukan masalah serius.

Sekiranya belum berkahwin, seseorang individu yang mengalami ketagihan seks seringkali dilabel atau dipandang sebagai ‘playboy’ atau ‘playgirl’, sedangkan sekiranya ia tidak diberi perhatian atau rawatan akan merosakkan kehidupan peribadi pesakit, malah juga persekitaran sosial, keluarga dan persahabatan.

Manakala bagi yang sudah berkahwin pula, pastinya boleh memusnahkan sesebuah rumah tangga.

Ketagihan seks ialah sebarang tingkah laku seksual yang berada di luar kawalan dan diulang perlakuannya.

Menurut Healthline.com, satu lagi ciri penting ialah mereka yang mengalami ketagihan ini cenderung untuk mempunyai emosi yang bertukar-tukar dan tidak stabil.

Simptom ketagihan seks:

1. Melakukan seks biasa yang kerap termasuk melakukan banyak hubungan luar atau melakukan hubungan seks yang tidak selamat

2. Mahu lebih banyak melakukan seks untuk mendapat kepuasan

3. Timbul perasaan malu dan bersalah selepas itu serta membenci diri sendiri atas perlakuan seksual yang dilakukan

4. Kecenderungan dan pilihan seksual menjadikan kehidupan tidak terkawal dan tidak terurus

5. Berjanji untuk berubah tetapi gagal

6. Perasaan tidak dapat berhenti walaupun mahu

7. Bertukar pasangan seksual atau terlibat dalam beberapa hubungan seksual tanpa ikatan

8. Cenderung kepada seks siber

Kesan buruk:

1. Berisiko terkena penyakit kelamin

2. Kemurungan

3. Kehamilan yang tidak diingini

4. Hilang fokus

5. Terlibat dalam masalah perilaku seksual yang lain

6. Penggunaan berlebihan pornografi

7. Masturbasi yang tidak terkawal

Rawatan:

1. Individu yang menderita ketagihan seks mungkin berasa malu dan segan untuk mengakui kepada diri sendiri mahupun kepada individu lain. Namun, mereka sentiasa boleh mendapatkan bantuan profesional atau doktor untuk membantu mengatasi masalah ini.

2. Kaedah kaunseling serta terapi mungkin dapat membantu. Pakar dapat mendiagnosis tahap ketagihan dan mengemukakan langkah yang sewajar untuk mengawalnya.

3. Didikan agama kerana mereka yang patuh kepada ajaran sebenar tidak akan sesekali bertindak di luar batasan agama.

Artikel berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Berita terkini

Popular