Saturday, October 23, 2021
POLITIKADUN DAP Ini Tidak Layak Cakap Soal SOP, Dia Sendiri Pun Langgar...

ADUN DAP Ini Tidak Layak Cakap Soal SOP, Dia Sendiri Pun Langgar SOP

Tee Boon Tsong, ADUN DAP Senai membuat grafik yang jelas sekali salah dan cuba mengelirukan orang awam bila membandingkan data negeri Sabah dan Singapura.

Tidak payah cakap banyak lah YB bab SOP ini, YB sendiri pun tidak ikut SOP dalam program program di kawasan. Berdiri rapat-rapat dalam program, mana penjarakan sosialnya?

Buktinya pada 15 November 2020, Tee Boon Tsong terlibat dalam satu program Kelab Rotary Kulai. Lihatlah gambar yang berkaitan, di mana penjarakan sosial dan SOP yang dipatuhi oleh ADUN DAP Senai ini? Tiada langsung.

Sedangkan pada waktu itu Johor dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 9 November hingga 6 Disember.

Bukan sekali, tetapi pada 9 November 2020, ADUN DAP itu juga melanggar SOP bila bergambar dalam keadaan tiada penjarakan sosial semasa mengagihkan kalendar di Pekan Senai bersama Teo Nie Ching, Ahli Parlimen DAP Kulai.

 

Pertamanya, kes di negeri Sabah sekarang hanya tinggal kes dalam penjara. Kes daerah lain menurun malah ada beberapa daerah sudah kuning dan hijau. Samalah seperti di Selangor, kes Kluster Teratai yang tinggi dan dikenakan PKPD di kawasan tersebut, jadi tidak perlulah semua orang Selangor yang hendak ke Negeri Sembilan, Perak atau Pahang kena kuarantin 14 hari.

Ada fahamkah wahai ADUN DAP Senai?

Keduanya, langkah kelonggaran pengembara keluar Sabah sangatlah perlu sekarang, sebagaimana juga pengumuman Kerajaan Negeri Sabah.

Swab test 3 hari. Ia bukan langkah baru kerana pada Jun lalu Kerajaan Sabah juga membuat langkah sama tanpa kuarantin dan swab test 3 hari sebelum keluar dari Sabah. SOP yang dibuat amat jelas dan terang, jadi ADUN DAP Senai ini barangkali membuat grafik hanya untuk mengelirukan orang ramai.

Padahal dia sendiri tidak ikut SOP. Tengoklah gambar ini. Sebelum ini ADUN DAP Ketari bergambar di tepi pantai tidak ikut SOP, kini terdedah gambar ADUN DAP dari Johor pula tiada penjarakan sosial dan tidak patuh SOP. Mahu mengaku salah dan minta maaf?

 

 

Sumber : Friends Of Biru

Artikel berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Berita terkini

Popular