Vaksin COVID-19 Akan Jejaskan Daya Tarikan Emas

0
436

Menurut pakar, mengenai penemuan vaksin COVID-19 memberi kesan kepada pergerakan harga logam berharga seperti emas, mereka menjelaskan, ketika syarikat farmaseutikal gergasi Amerika Syarikat (AS), Pfizer bersama firma Jerman, BioNTech mengumumkan mengenai vaksin, harga emas susut AS$116 pada 9 November.

 

Bagaimanapun, kata pakar, beberapa hari kemudian, firma bioteknologi AS, Moderna mengumumkan vaksin percubaannya untuk COVID-19 berkesan 94.5 peratus, menandakan kejayaan besar kedua dalam pemburuan vaksin menyaksikan harga tidak terus menyusut.

 

“Ia berkait rapat dengan kemampuan syarikat untuk mengkomersialkan jumlah dos vaksin mereka. Sebagai contoh, Moderna hanya mampu membekalkan 20 juta dos kepada AS, manakala tahun depan antara 500,000 hingga sejuta dos.

 

“Namun, beberapa syarikat syarikat sedang melaksanakan kajian fasa 3 untuk vaksin COVID-19. Antaranya, AstraZeneca yang akan mengumumkan keputusan ujian pada akhir Disember, sambil dunia turut menantikan keputusan dari Johnson and Johnson.

 

“Mungkin antara dua syarikat besar ini akan menyertai Pfizer dan Moderna tidak lama lagi. Ia bermakna, ada tiga syarikat yang akan membekalkan vaksin COVID-19.

 

“Berita ini akan mengurangkan potensi rangsangan fiskal dan menjejaskan daya tarikan emas sebagai aset selamat,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here