Patriot Kecam Larangan Penjualan Minuman Beralkohol, Sifatkan Tidak Masuk Akal

0
2731

PETALING JAYA: Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) menyifatkan tindakan melarang penjualan minuman beralkohol sebagai tidak masuk akal, sekali gus mempersoalkan pihak berkuasa jika perbuatan meminumnya lebih berbahaya daripada rasuah.

“Kita mahu tanya Ahmad Marzuk Shaary untuk menjelaskan sekiranya meminum arak atau rasuah merupakan kejahatan yang lebih besar,” kata presidennya, Mohamed Arshad Raji, merujuk kepada timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri (hal ehwal agama).

“Mana lebih bahaya kepada masyarakat dan negara kita? Kejahatan mana yang paling banyak menarik orang Melayu?”

Arshad meminta Ahmad Marzuk dan Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa supaya meneliti kes tangkapan ramai pegawai imigresen atas dakwaan pemerdagangan manusia dan ramai ahli politik kini berdepan pertuduhan rasuah.

“Kejahatan itu yang perlu diutamakan? Sama ada melarang minuman keras atau membasmi bencana rasuah dalam kalangan masyarakat Melayu,” katanya, selain menambah bahawa rasuah pada umumnya lebih banyak merosakkan masyarakat.

Mengulas pendapat Shary bahawa keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengenai penjualan minuman keras yang mungkin diperluas ke seluruh negara, Patriot berkata, itu bukan sahaja tidak perlu, malah tidak masuk akal.

Annuar baru-baru ini mengumumkan peraturan baru yang akan berkuatkuasa di semua negeri Wilayah Persekutuan Oktober depan.

Di bawah peraturan baru itu, kedai serbaneka dan kedai runcit, kedai serbaneka serta kedai ubat-ubatan Cina dilarang menjual alkohol.

“Orang ramai, terutama orang bukan Islam, sedar bahawa pemimpin PAS selalu berkata bahawa mereka tidak akan dikenakan peraturan berkaitan Islam, termasuk hudud.

“Patriot ingin mengingatkan Marzuk dan pemimpin PAS lain supaya tidak mempermainkan kata-kata mereka.

“Jika tidak, persepsi masyarakat terhadap sikap hipokrit mereka akan menjadi bertambah buruk,” kata Arshad.

Katanya, sekiranya keputsan melarang penjualan alkohol itu disebabkan isu memandu di bawah pengaruh alkohol, maka terdapat cara yang lebih baik untuk mengatasi masalah tersebut.

“Pendekatan itu mestilah melibatkan rundingan menyeluruh yang mesti melibatkan ahli perniagaan, bukan hanya kumpulan terpilih.

“Sekiranya kesihatan adalah isunya, mereka harus tahu bahawa terdapat banyak makanan dan minuman lain yang lebih bahaya berbanding bir dan minuman beralkohol ringan.

“Bukan urusan Patriot untuk mempromosikan minuman beralkohol. Tetapi menegakkan keadilan sosial, menggalakkan amalan perniagaan yang adil dan bersuara menentang taktik buli adalah sebahagian daripada urusan kita,” katanya.

Arshad berkata, rakyat hidup dalam suasana penuh toleransi, persefahaman dan saling menghormati sejak beberapa generasi lepas.

“Berdasarkan persefahaman inilah penjajah memberikan kemerdekaan pada 1957.

“Ahli politik perlu diingatkan tentang kesan keputusan mereka dalam melarang penjualan minuman keras dan tidak mengeluarkan lesen.

“Ini akan mempengaruhi pekerjaan, perniagaan kecil, pengangkutan, restoran, hotel, pelancongan, dan pendapatan negara.

“Selain itu, orang lain mungkin melihat pemimpin kita seperti Taliban,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here