Wednesday, October 20, 2021
GAYA HIDUPBaru Nak Tengok iPhone 12, Maklumat iPhone 13 Dah Bocor

Baru Nak Tengok iPhone 12, Maklumat iPhone 13 Dah Bocor

Ming-Chi Kuo dari MacRumors yang sentiasa mendedahkan maklumat terbaharu mengenai Apple memberitahu iPhone 13 akan dikeluarkan pada September tahun depan (seperti biasa dilakukan setiap tahun, kecuali tahun ini) dan datang dengan empat saiz yang sama seperti iPhone 12.

Design mungkin tak lari banyak dengan iPhone 12.

Apa yang ditambah baik?

Kamera sudah pasti dimana Chi Kuo memberitahu Pro Max akan datang dengan f/1.8, enam elemen lensa dan autofocus – satu naik taraf yang banyak jika dibandingkan dengan iPhone 12.

Sebelum itu laporan Ross Young dari MacRumors menjangkakan iPhone 13 akan mempunyai paparan 120Hz berbanding 60Hz pada iPhone 12, maklumlah pesaing mereka seperti Samsung dan Google pun dah gunakan skrin dengan refresh rate yang lebih tinggi daripada 60Hz.

Jadi tak beli iPhone 12? Dengar cerita semua telco dah buat pre-order.

Foto: MacRumors

Artikel berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Berita terkini

Popular