ROBERTO MANCINI SAH POSITIF COVID-19

0
401

Rome: Ketua jurulatih Itali, Roberto Mancini didapati positif Covid-19 namun tidak bergejala, umum Persekutuan Bolasepak Itali (FIGC).

“Sebagai sebahagian daripada kawalan berkala dilakukan oleh FIGC yang dilakukan ke atas staf kejurulatihan menjelang saingan UEFA, ketua jurulatih, Roberto Mancini didapati positif Covid-19,” kata badan induk itu.

“Dia kekal tidak mempunyai gejala dan bagi mematuhi garis panduan ditetapkan, ketua jurulatih Azzurri itu akan menjalani proses pengasingan diri di rumahnya di Rome,” tambah kenyataan itu.

Skuad bimbingan Mancini akan menanti kunjungan Estonia pada perlawanan persahabatan, Rabu ini.

Mereka kemudian akan bertemu pendahulu peringkat kumpulan, Poland pada 15 November di tempat sendiri dan kemudian berkunjung ke Bosnia tiga hari selepas itu untuk perlawanan terakhir peringkat kumpulan Liga Negara-Negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here