Saturday, October 23, 2021
NASIONALMB Nafi RM1 Bilion Wang Rizab Selangor Hilang, Belanja Untuk Infrastruktur

MB Nafi RM1 Bilion Wang Rizab Selangor Hilang, Belanja Untuk Infrastruktur

SHAH ALAM – Kira-kira RM1 bilion wang rizab Kerajaan Selangor yang didakwa ‘hilang’ telah dibelanjakan bagi pembinaan projek infrastruktur penting, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata antara infrastruktur dibangunkan menggunakan wang rizab kerajaan negeri itu adalah Projek Labohan Dagang yang menelan belanja sebanyak RM700 juta, Loji Rawatan Air Semenyih 2 dan pembinaan jambatan ketiga di Klang iaitu Jambatan Raja Muda Nala.

“Ketika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjadi menteri besar, memang rizab kerajaan negeri berjumlah RM3.3 bilion. Kini ia berjumlah RM 2.1 bilion tetapi ia tidak ‘hilang’, sebaliknya dibelanjakan untuk projek pembangunan bagi kemudahan rakyat Selangor,” katanya mengulas isu yang dibangkitkan Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Anggerik Mohd Najwan Halimi.

Selasa lepas, Mohd Najwan semasa membahaskan Belanjawan Selangor 2021 pada persidangan Dewan Undangan Negeri, telah mempersoalkan mengenai ‘kehilangan’ rizab kerajaan negeri.

Amirudin berkata kerajaan negeri juga terpaksa membuat penjajaran semula bagi beberapa program bantuan yang disalurkan dengan menggunakan dana rizab berkenaan kerana ia dilihat tidak mampan.

“Ia (wang rizab) berlainan jika dibelanjakan bagi projek infrastruktur kerana memberi pulangan kepada rakyat dan kerajaan negeri,” katanya.

Amirudin ditemui pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bagi kerjasama dalam aspek keselamatan makanan. – Bernama

Artikel berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Berita terkini

Popular