IPOH – Mesyuarat Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak berakhir malam ini dikatakan agak ‘panas’ bertelagah sesama sendiri berhubung dengan isu perlantikan YB Dato’ Aznel Ibrahim ADUN Pengkalan Batu sebagai Setiausaha Politik YAB Menteri Besar Perak.
Menurut sumber yang tidak mahu dikenali berkata, ketegangan berlaku disebabkan salah seorang Ketua Pemuda di sini yang tidak bersetuju dan menyatakan pandangan bertentangan berkaitan kenyataan akhbar Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, YB Dato’ Saarani Mohamad.
ADUN Kota Tampan itu dalam kenyataan akhbar sebelum ini menyatakan tindakan Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu seolah-olah tidak menghormati semangat setiakawan dan menghormati UMNO yang sebelum ini bersama PAS membuat persetujuan bertulis bagi membentuk kerajaan Negeri Perak di sini.
Tindakan melantik ADUN / pemimpin UMNO jelasnya merupakan ancaman politik yang tidak sihat dan sudah kerap kali persefahaman antara parti ini dan sepatutnya perlu ada persetujuan daripada Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak sebelum Menteri Besar membuat sebarang perlantikan dan perubahan.
Namun di akhir mesyuarat tersebut, Pemuda UMNO Perak membuat ketetapan bersetuju dengan kenyataan ‘gencatan politik’ daripada Presiden UMNO YB Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi dan menyokong penuh kenyataan yang diutarakan Ketua Bahagian UMNO Lenggong ini.