Salam,
UMNO sudah mula mendukung biawak hidup!!!!
Kenapa saya berkata begitu! Sbb rintihan, maklum balas, ketidakpuashatian, cercaan, kutukan & pelbagai lagi lontaran negatif terhadap kerajaan PN. Lebih2 lagi selepas pengumuman YAB PM Abah jam 6pm semalam. Kalau tidak percaya tengok SOCMedia. 8 dr 10 semuanya negatif.
Secara jujur bagi saya, satu pengumuman yg kosong, membazir, tidak bermakna & tiada apa perlu diberi perhatian kecuali ayat rotan.
Ramai rakyat terutamanya ibu bapa tertunggu-tunggu adakah sesi persekolahan akan ditutup sementara waktu dlm keadaan COVID19 yg menggila. Malah sudah terdapat kes kematian sorg bayi di Sabah.Nyawa anak2 kita berada dalam keadaan bahaya.
Rakyat amat faham PKP tidak perlu dilakukan demi kelangsungan hidup ttp sekolah bukan tempat mencari untung/rezeki. Kenapa tidak ditutup demi keselamatan anak2 kita????
Dlm hal ini, natijahnya UMNO juga terkesan tak semena-mena sprt kita mendukung biawak hidup. Kita UMNO yg tolong TSMY utk jadi PM sekarang kita pulak dibebani dgn ketidakcerdikan & ketidakcekapan kerajaan PN yg diterajui oleh Abah.
Bila susah cari UMNO, bila sudah senang cuba bunuh UMNO, yg untung depa yg rugi kita 😡😡😡
Gulam Muszaffar
Ahli Akar Umbi UMNO
Bahagian Batu WP
7hb Okt 2020
Sebelum ini, seorang lagi pengamal media sosial pro UMNO yang dikenali sebaga Raja Annuar turut meluahkan pandangan yang sama melalui video berikut;