TAIPING, 5 Okt — Seorang lelaki berusia lingkungan 70 tahun nyaris lemas ketika berenang di Taman Tasik Taiping, di sini, pagi tadi.
Menurut anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping, ketika tiba di lokasi kejadian, warga emas tersebut didapati berada dalam keadaan hampir lemas dan berkedudukan kira-kira sembilan meter dari kawasan tebing tasik.
Tindakan pantas anggota Bomba yang berenang ke arah mangsa dan membawa mangsa ke tempat selamat telah menyelamatkan nyawa mangsa.
Mangsa kemudiannya dibawa ke hospital menaiki jentera EMRS (Unit Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan).
Mangsa disyaki nyanyuk dan identiti mangsa masih gagal diperolehi walaupun khidmat jurubahasa telah digunakan.
–