Tunggu Laporan Bedah Siasat Wanita Yang Dibunuh

0
302

JITRA, 5 Okt — Susulan daripada kes bunuh seorang wanita di Taman Mahsuri, Ahad lepas, pihak polis memaklumkan bahawa mereka masih menunggu laporan hasil bedah siasat dari pihak hospital bagi mengetahui punca kematian.
Menurut Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim, setakat ini, seorang lelaki telah direman selama tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan.
Terdahulu, mangsa, Siti Nor Sufieza Md Sharif, 23, yang lengkap berpakaian ditemui rakan serumahnya dalam keadaan terbaring di ruang tamu kediaman itu dengan kesan lebam di badan dan leher.
Kematiannya dipercayai bermotifkan cemburu.
Susulan dari itu, seorang peniaga pasar malam yang juga merupakan rakan lelaki mangsa berusia 22 tahun telah direman bagi membantu siasatan.
Kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. –