Masjidil Haram Dan Raudhah Kembali Dibuka

0
283

JEDDAH, 05 Oct — Perlaksanaan umrah dan solat di Masjidil Haram yang digantung sejak pertengahan Mac lalu akibat daripada penularan pandemik COVID-19, kembali dibenarkan dengan ketibaan kumpulan jemaah pertama semalam.
Presiden Hal Ehwal Urusan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, Sheikh Dr Abdulrahman Al-Sudais dalam kenyataannya mengatakan bahawa Raja Arab Saudi, Raja Salman turut memberi perkenan untuk membenarkan Raudhah diziarahi.
Jemaah yang berhasrat untuk ke tanah suci tersebut bagaimanapun dikehendaki membuat permohonan terlebih dahulu melalui aplikasi I’tamarna yang disediakan oleh Kementerian Haji Dan Umrah Arab Saudi.
Arab Saudi telah memperuntukkan kuota 6,000 jemaah sehari dan menyediakan lima lokasi berasingan termasuk di Al-Gaza, Ajyad dan Al-Shasha bagi membolehkan jemaah bersama petugas kesihatan profesional menaiki bas ke Masjidil Haram.
Lokasi untuk menjalankan umrah kali ini ditetapkan di kawasan mataf yang terletak disekitar Kaabah.
Kawasan ini dikatakan mampu memuatkan 2.5 juta jemaah dalam satu-satu masa.
Bagi memudahkan akses sepanjang jemaah berada di Masjidil Haram, ruangan khas sepertimana yang disediakan untuk Jemaah Haji Ogos lalu turut diperkenalkan
Menurut laporan dari Arab News, Arab Saudi telah melatih 1,000 petugas untuk membuat pemantauan sepanjang proses umrah.
Proses pembersihan dan nyahkuman di Masjidil Haram pula dilakukan 10 kali sehari. –