Lelaki Pulang Dari Sabah Ingkar Kuarantin Ditahan

0
358

KUALA LUMPUR, 5 Okt — Seorang lelaki berusia 63 tahun yang baru pulang dari Sabah ditahan setelah ingkar tempoh kuarantin yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Beliau yang memakai gelang merah jambu KKM itu, telah ditahan susulan dari maklumat orang ramai yang melihatnya berlegar-legar di kawasan lot kedai di Damansara Perdana, Petaling Jaya semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal, siasatan awal mendapati bahawa lelaki itu telahpun menjalanai ujian saringan COVID-19 setibanya di Semenanjung dari Sabah.
Sungguhpun saringan COVID-19 berkeputusan negatif, dia telah diarah oleh KKM untuk menjalani kuarantin di rumah bermula 28 Sept hingga 11 Okt.
Ketika ditahan, lelaki itu didapati masih memakai gelang merah jambu tersebut tetapi cuba menutupnya dengan melilit kain putih di pergelangan tangan.
Susulan dari itu, polis akan membuat permohonan reman esok di Mahkamah Petaling Jaya untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988