Ladang Angsa Dan Itik Antara Punca Pencemaran

0
284

DENGKIL, 5 Okt — Pencemaran bau Sungai Semenyih yang menyebabkan operasi Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi dihentikan sejak pukul 4.30 petang semalam, dikatakan berpunca dari ladang ternakan angsa dan itik di Pajam selain kawasan perindustrian yang terletak di Nilai 3 Negeri Sembilan.
Aktiviti pembersihan besar-besaran dari sektor perladangan tersebut dan ditambah dengan aktiviti perindustrian di Nilai 3, telah menyebabkan pencemaran bau sehingga 11 ton dan menjejaskan 309,605 akaun.
Untuk mengatasi masalah pencemaran ini, dalam siang media Jawatankuasa Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi serta Hal Ehwal Pengguna Selangor, Pengerusinya, Hee Loy Sian berkata, pihaknya telah mengambil langkah mengaktifkan dua pam berkapasiti 300 juta liter sehari (JLD) dan dua lagi pam berkapasiti 27 JLD masing-masing di LRA Sungai Semenyih dan LRA Sungai Langat bagi kerja-kerja pencairan pencemaran bau.
Selain itu, dalam sidang media yang turut dihadiri oleh Pengarah JAS Selangor, Nor Aziah Jaafar dan Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Datuk Hashim Osman itu, Loy Sian turut menyatakan bahawa Jabatannya telah mengambil tindakan dengan berkerjasama dengan semua pihak termasuk polis, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan dan badan kawal selia air Negeri Sembilan bagi membolehkan siasatan menyeluruh dilakukan selain mengenalpasti lokasi tepat punca pencemaran bau tersebut.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang itu juga Kedua-dua LRA yang ditutup ini dijangka dapat dibuka petang ini, jika bacaan pencemaran berada pada tahap sifar ton, selain lori tangki air sudah digerakkan ke lokasi terjejas. –