KUALA LUMPUR, 5 Okt — Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan hari ini, bahawa berkuatkuasa Rabu, 7 Okt pukul 12.01 malam, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan, Sabah.
Menurut beliau, selain rantaian membekalkan perkhidmatan penting (essential service) termasuk kilang-kilang, pergerakan keluar masuk di ketiga-tiga kawasan PKPB ini adalah dilarang
Sehubungan dengan itu, pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI), akan memberikan senarai jenis perkhidmatan perlu yang terlibat di kawasan berkenaan.
Ismail Sabri juga berkata sepanjang tempoh PKPB itu, kemasukan ke Sabah juga adalah dilarang kecuali bagi warganegara yang berasal dari Sabah, pemegang pas yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Negeri Sabah untuk mereka yang berada di Semenanjung, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan, serta pasangan yang menjalankan perkhidmatan perlu.
–