Saturday, October 23, 2021
ISU SEMASACOVID-19 : Kes Jangkitan Meningkat Kepada 432 Kes

COVID-19 : Kes Jangkitan Meningkat Kepada 432 Kes

PUTRAJAYA, 5 Okt — Jumlah kes baharu jangkitan COVID-19 dalam negara terus menunjukkan trend peningkatan dengan mencatatkan 432 kes baharu pada hari ini, menjadikannya rekod tertinggi setakat ini.
Jumlah kumulatif keseluruhan penularan wabak telah menjadi 12,813 kes dengan kebolehjangkitan meningkat kepada 2,336 kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah kes baharu hanya tiga kes import melibatkan dua warganegara dan seorang bukan warganegara manakala selebihnya adalah penularan tempatan.
Menurut beliau, daripada 432 kes penularan di dalam negara, 409 kes adalah dari penularan di kalangan warganegara, manakala selebihnya melibatkan bukan warganegara.
Terdapat 57 kes yang pulih sepenuhnya hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih menjadi 10,340 kes.
32 kes pula sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan lapan daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Walaupun demikian, tiada kematian berkait jangkitan COVID-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) setakat 12 tengah hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian kekal 137 kes –

Artikel berkaitan

Komen

Berita terkini

Popular