Wednesday, October 20, 2021
NASIONALSediakan Bas Percuma Untuk Pelajar, Ebit Lew Mohon Maaf Kepada UPSI

Sediakan Bas Percuma Untuk Pelajar, Ebit Lew Mohon Maaf Kepada UPSI

KUALA LUMPUR – Penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memohon maaf kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kerana menyediakan perkhidmatan bas percuma bagi membawa pulang mahasiswa universiti tersebut.

Katanya menerusi laman Facebook, dia dihubungi Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran secara peribadi dan diminta untuk membuat permohonan maaf secara terbuka tersebut.

“Saya mohon maaf pada pihak pentadbiran UPSI terutama Naib Cancelor sendiri yang menghubungi pihak saya tadi supaya saya membuat permohonan maaf terbuka.

“Saya minta maaf pada semua adik pelajar universiti lain juga. Saya tengok pelajar macam anak-anak saya sendiri. Saya minta maaf saya salah. Saya cuma membantu.

“Ramai pelajar dah balik dan ada yang keluarga ambil. Saya cuma siapkan macam bas awam. Syukur bas yang bergerak pun dah sampai selamat. Biasa naik bas bayar tapi kali ini percuma dan lebih tersusun dan tak perlu nak ke bus stop dan naik train. Saya tangguhkan 20 bas sehingga di beri kelulusan,” katanya di laman Facebook tersebut. – K! ONLINE

Artikel berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Berita terkini

Popular