Saturday, October 23, 2021
ISU SEMASAMB Selangor Keluar Dari Kuarantin, Mahu Selesai Gangguan Bekalan Air

MB Selangor Keluar Dari Kuarantin, Mahu Selesai Gangguan Bekalan Air

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang menjalani kuarantin di rumah terpaksa keluar bertugas bagi menyelesaikan isu pencemaran yang memberi kesan kepada kehidupan rakyat negeri ini.

Difahamkan, Amirudin bertindak demikian bagi menyelesaikan isu gangguan bekalan air membabitkan daerah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang susulan pencemaran air mentah di Sungai Semenyih.

“Saya mohon maaf terpaksa keluar daripada kuarantin malam ini untuk menyelesaikan isu pencemaran yang memberi kesan pada kehidupan rakyat Selangor.

“Saya mengambil langkah berjaga-jaga dengan memakai ‘face shield’, ‘face mask’ juga kedua-dua ujian saringan saya menunjukkan keputusan negatif,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi Facebook selepas meninjau situasi pencemaran di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih bagi yang berlaku petang tadi yang turut dihadiri Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Amirudin memaklumkan, berdasarkan taklimat dan siasatan awal, punca pencemaran adalah dari kawasan perindustrian di Negeri Sembilan.

“Punca pencemaran adalah sejauh 30 kilometer dari LRA Sungai Semenyih. Punca pencemaran dikesan di Sungai Batang Benar, Negeri Sembilan. Saya sudah berhubung dengan Menteri Besar Negeri Sembilan untuk bersama menyelesaikan isu ini.

“Usaha sedang dilaksana bagi membersihkan sumber air dan memulihkan bekalan air secepat mungkin,” katanya.

Pada 29 September lalu Pejabat Menteri Besar Selangor memaklumkan Amirudin disahkan bebas Covid-19 setelah menjalani kuarantin di rumah bagi mematuhi arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebaik kepulangan beliau dari program di Sabah.

Keputusan tersebut hasil daripada ujian RT-PCR (Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction) yang dijalankan sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 28 September lalu.

Kenyataan itu memaklumkan sebarang bentuk program Amirudin yang melibatkan pendampingan komuniti akan diwakilkan kepada Exco manakala mesyuarat-mesyuarat utama akan dipengerusikannya secara dalam talian berkuat kuasa serta merta dan berterusan sehingga hari ini (4 Oktober 2020).

Artikel berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Berita terkini

Popular