Thursday, October 21, 2021
NASIONAL317 Kes Baru, Tertinggi Sejak Malaysia Dilanda Pandemik

317 Kes Baru, Tertinggi Sejak Malaysia Dilanda Pandemik

PUTRAJAYA: Malaysia sekali lagi merekodkan kes tertinggi jangkitan COVID-19 di negara ini apabila sejumlah 317 kes baharu dicatatkan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, kesemua kes yang melibatkan jangkitan dalam negara itu kebanyakannya mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah.

“Kesemua 317 kes adalah kes penularan di dalam negara yang melibatkan 303 kes di kalangan warganegara dan 14 kes bukan warganegara.
“Daripada 317 kes tersebut, sebanyak 37 kes merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah.

“Ini menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 sebanyak 176 kes,” katanya dalam sidang media di Putrajaya pada Sabtu.

Artikel berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Berita terkini

Popular