KUALA LUMPUR, 1 Oct — Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa bermula 3 sehingga 16 Oktober depan, seluruh negeri Sabah akan menguatkuasakan kawalan rentas daerah.
Larangan rentas daerah yang diputuskan dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri bagaimanapun tidak tertakluk kepada individu atau syarikat yang membekalkan perkhidmatan perlu (essential services) seperti keperluan bekalan makanan, perubatan, keselamatan dan lain-lain.
Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), mereka yang sedang dikuarantin dan tamat tempoh kuarantin akan dibenarkan pulang ke daerah masing-masing atau pulang ke Semenanjung, Sarawak dan Labuan dalam tempoh larangan rentas daerah ini.
Manakala, empat daerah iaitu Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna kekal dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) seperti yang telah diumumkan sebelum ini. –