Meninggal Dunia Semasa Laungkan Azan Subuh

0
573

SHAH ALAM, 1 Okt — Kariah Surau Ar-Rayyan di Seksyen 27 dikejutkan dengan berita kematian muazzinnya pagi tadi ketika sedang mengalunkan azan Subuh.

Muazzin yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Pemeriksa Kira-Kira Surau Ar-Rayyan itu dikatakan hanya sempat melaungkan “Ällah hu akbar” dan melaungkan syahadah sebelum tiba-tiba rebah dan kemudian meninggal dunia.

Menurut penduduk pangsapuri Ixora, mereka menjadi hairan apabila azan Subuh pagi tadi hanya melaungkan dua rangkap kalimat sebelum dikejutkan dengan pengumuman meminta ahli keluarga arwah turun ke surau melalui pembesar suara surau.

Mayat arwah diletakkan diruangan solat sehingga dapat dilihat oleh jemaah sebelum dibawa ke hospital menggunakan ambulans.

Dikatakan, arwah sedang membuat persediaan majlis kesyukuran untuk Ustaz Sahari, salah seorang jemaah yang telah sembuh dan baru saja keluar dari mendapatkan rawatan di hospital.
Arwah juga dikatakan seorang yang begitu menjaga amanah dan menganggap amanah yg dipikulnya sekarang adalah untuk akhirat.

Berita kematiannya turut dikongsikan di dalam akaun Facebook (FB) milik Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang menyifatkan kematian Allahyarham Rosliman Osman, 60 merupakan kematian yang baik yang diimpikan oleh orang Islam. –