Wednesday, October 20, 2021
ISU SEMASACOVID-19 : 260 Kes Baharu Dicatatkan

COVID-19 : 260 Kes Baharu Dicatatkan

KUALA LUMPUR, 1 Okt — Kes COVID-19 mencatatkan kes harian kedua tertinggi hari ini apabila 260 kes direkodkan menjadikan kes bertambah kepada 11,484 dengan kes aktif sebanyak 1,334.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di dalam sidang media harian di Putrajaya, hari ini, menyatakan, hanya satu kes import direkodkan harini ini yang membabitkan pengembara bukan warganegara dari United Kingdom yang berada di Kuala Lumpur, manakala selebihnya adalah kes dari penularan dalam negara.
Kes penularan tertinggi adalah di Sabah dengan 118 kes diikuti Kedah, 98 kes, Kuala Lumpur dan Selangor, masing-masing 13 kes, Johor dan Putrajaya, masing-masing lima kes, Terengganu dan Perlis, masing-masing dua kes dan diikuti Melaka, Pahang dan Pulau Pinang, masing-masing satu kes menjadikan jumlah 259 kes penularan tempatan secara keseluruhan.
130 kes membabitkan individu  tempatan, manakala 129 individu bukan warganegara dengan 31 kes mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sekali gus menjadikan jumlah kes mempunyai sejarah ke negeri terbabit adalah 119 kes, tambah beliau.
Beliau melaporkan terdapat 47 kes pulih hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya adalah sebanyak 10,114 kes atau 87.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
Manakala jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 136 kes atau 1.18 peratus daripada jumlah keseluruhan kes apabila tiada kematian direkod pada hari ini.
Terdapat 20 kes positif Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan tiga kes memerlukan bantuan pernafasan. –

Artikel berkaitan

Komen

Berita terkini

Popular