Wednesday, October 20, 2021
NASIONALKL Dapat Datuk Bandar Baru Esok

KL Dapat Datuk Bandar Baru Esok

PETALING JAYA: Kuala Lumpur dijangka mendapat datuk bandar yang baharu esok.

Dalam kenyataan hari ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata pihaknya akan mengadakan majlis perpisahan datuk bandar di lobi menara DBKL 1 esok.

Datuk bandar yang baharu akan menggantikan bekas Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya, Nor Hisham Ahmad Dahlan, yang mengambil alih jawatan itu pada 2 Okt 2018, daripada Amin Nordin Abd Aziz.

Sebelum ini dilaporkan kontrak Nor Hisham akan berakhir pada 2 Oktober.

Difahamkan, Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa turut akan mengumumkan presiden baharu Perbadanan Putrajaya esok.

Artikel berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Berita terkini

Popular