KOTA KINABALU, 26 Sept — Pilhan Raya Negeri (PRN) Sabah bermula harini. Sebanyak 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertandingkan di 741 pusat mengundi dengan 2,540 saluran.
Seramai 1,088,711 daripada 1,103,646 pengundi biasa akan menunaikan tanggungjawab mereka sehingga waktu undi tamat 5 petang ini dengan dikendalikan oleh 17,257 petugas pilihan raya.
1,594 petugas kesihatan trut ditempatkan di pusat-pusat pengundian bagi mengambil kira masalah COVID-19 yang agak meruncing di Sabah.
PRN tersebut diadakan apabila DUN Sabah di bubarkan oleh Ketua Menterinya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sehari selepas bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman mendakwa memperoleh cukup majoriti untuk membentuk kerajaan baharu
SPR mensasarkan70 hingga 75 peratus pengundi berdaftar akan keluar mengundi.
Sehingga 11 pagi tadi, 32 peratus telah keluar mengundi.
–