KUCHING, 25 Sept — Siswazah dalam bidang teknologi maklumat yang masih belum mendapat pekerjaan dijemput untuk menyertai program Internet of Things (IoT) – Cybersecurity selama dua bulan anjuran Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS), sebuah pusat pengembangan kemahiran teknikal kerajaan negeri.
Program yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan persekutuan ini juga turut menyediakan elaun sara hidup bulanan kepada pemohon yang berjaya.
Pengarah Eksekutif PPKS Hallman Sabri berkata permohonan dibuka kepada pemohon yang berusia 21 hingga 35 tahun selain memilik ijazah sarjana muda dalam jurusan sains komputer, sistem komputer, elektronik, teknologi maklumat, mekatronik atau kejuruteraan perisian
Bagi memberi peluang terbaik kepada siswazah menganggur mendapatkan pekerjaan menarik dalam teknologi dan pasaran baharu, didalam program tersebut, pelatih akan dilengkapkan dengan kemahiran terkini industri berkaitan IoT dan keselamatan siber selain berpeluang mengikuti kursus dalam talian eksklusif secara percuma mengenai Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0), Power BI (platform kecerdasan perniagaan) dan Microsoft Azure (platform pengkomputeran awan awam).
Dalam kenyataan Haliman hari ini, pendaftaran untuk pengambilan Oktober sedang berlangsung bagi Integrated IoT and Cybersecurity in Manufacturing Program di PPKS, Tabuan Jaya, Kuching.
Untuk yang berminat, pertanyaan lanjut boleh dibuat dengan menghubungi Mahathir Abang di talian 082-364198, 016-7155398 atau melayari laman web Sarawak Skills: www.ppks.edu.my.
–