PUTRAJAYA, 25 Sept — Kepada pemohon yang berminat untuk bekerja dalam sektor awam, bermula 28 Sept ini, borang pendaftaran pekerjaan dalam perkhidmatan awam (SPA8i) tidak akan digunakan lagi dan digantikan dengan Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9) sepenuhnya.
Walaubagaimanapun, menurut Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), untuk pemohon yang permohonannya masih belum tamat tempoh, mereka tidak perlu mendaftar semula untuk SPA9 kecuali jika ingin membuat semakan status kelulusan atau memohon jawatan baharu
Panduan lengkap pendaftaran SPA9 boleh didapatkan di dalam portal SPA.
–