Peraturan Baru Untuk Masuk Sarawak

0
241

KUCHING, 25 Sept  — Berikutan peningkatan kes COVID-19 di Sabah sejak kebelakangan ini, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak telah menguatkuasakan peraturan untuk semua pelawat-pelawat yang ingin memasuki Sarawak.
Berkuatkuasa hari ini, pelawat yang ingin masuk ke Sarawak, perlu memasang aplikasi telefon pintar “EnterSarawak” dan melampirkan keputusan saringan “Reverse Transcript – Polymerase Chain Reaction” (RT-PCR) sebelum tarikh perjalanan.
Pelawat akan diberikan pas masuk dan dibenarkan berada di Sarawak terhad selama lima hari dan perlu melampirkan tiket penerbangan balik beserta pas masuk tersebut.
Pelawat tidak akan dibenarkan masuk sekiranya gagal melampirkan ujian RT-PCR sekurang-kurangnya tiga hari sebelum tarikh berlepas.
Untuk warga Sarawak, pamastautin tetap dan pemegang pas visa negeri yang ingin masuk ke Sarawak, mereka juga perlu melengkapkan butir permohonan dalam aplikasi “EnterSarawak” dan menjalani kuarantin selama 14 hari.
Mereka dikehendaki memakai gelang tangan dan perlu menjalani ujian RT-PCR pada hari kedua dan ke-10.
Pas Khas perlu dipohon daripada mana-mana jawatankuasa pengurusan bencana bahagian di dalam negeri ini untuk pelawat yang kerap melakukan perjalanan antara Sabah, Labuan dan Sarawak termasuk mereka yang terlibat dalam perkhidmatan penting.
Selain itu, mereka perlu menjalani saringan RT-PCR setiap 14 hari untuk mengelakkan pembatalan pas.

Semua pelawat tidak kira warganegara atau warga asing perlu buat pengisytiharaan sekiranya mereka berada di Sabah atau Labuan dalam tempoh 14 hari lepas. Pengistiharaan palsu boleh dikenakan tindakan di bawah Ordinan Perlindungan Kesihatan Awam 1999