Saturday, October 23, 2021
ISU SEMASAKenyataan Fitnah Netizen : Vivy Yusof Fail Saman

Kenyataan Fitnah Netizen : Vivy Yusof Fail Saman

KUALA LUMPUR, 25 Sept — Datin Vivy Sofinas Yusof, 33 harini menfailkan saman menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan, kepada Alia Najwa Hassannudin, 28 atas alasan defendan telah menerbitkan beberapa penyataan berkenaan plaintif dalam akaun Facebook dan Instagram secara salah.
Tuntutan ganti rugi am, teruk dan teladan merupakan suatu perintah supaya defendan memadamkan penerbitan penyataan-penyataan fitnah selain memohon defendan menerbitkan suatu permohonan maaf terhadap plaintif.
Terdahulu, pada 28 Mac lepas, pengasas FashionValet and dUCK Group ini telah menerbitkan satu rakaman video yang memaparkan perbincangan empat usahawan berkenaan status ekonomi akibat COVID-19 dan Pakej Rangsangan Ekonomi yang melibatkan bantuan kerajaan kepada golongan B40 dan M40.
Alia Najwa dilaporkan telah menangkap layar rakaman tersebut di dalam akaun Facebook dan Instagram miliknya pada 30 Mac dengan membuat hantaran yang membawa maksud Vivy “tidak bersimpati terhadap golongan B40 dan M40, bersikap angkuh, mementingkan diri sendiri dan tidak profesional serta hanya mementingkan keuntungan”.
Rentetan daripada hantaran tersebut, satu petisyen yang meminta Vivy dilucutkan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM telah dilancarkan pada 1 April dan telah ditandatangani lebih 230,000 pengguna Internet.
Menurut Vivy surat tuntutan agar Alia Najwa berhenti menerbitkan sebarang penyataan fitnah terhadap beliau di laman sosial telah dikeluarkan pada 2 April.
Walaupun Alia Najwa membalas surat tuntutan beliau melalui aplikasi Facebook, namun Alia Najwa gagal mematuhi kesemua tuntutan.
Sehubungan dengan itu, saman fitnah telah difailkan menerusi Tetuan Foong Cheng Leong & Co pada 15 Jun lepas dengan menamakan Alia Najwa selaku defendan tunggal.
Pengurusan kes ditetapkan hari ini di dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi Datin Rohani Ismail dan hasil semakan mahkamah, pengurusan kes selanjutnya ditetapkan pada 7 Okt ini.

Artikel berkaitan

Komen

Berita terkini

Popular