Wednesday, October 20, 2021
ISU SEMASAAnnuar Musa Batalkan Program PRN Sabah

Annuar Musa Batalkan Program PRN Sabah

KUALA LUMPUR, 25 Sept  — Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa berkata beliau terpaksa membatalkan semua program kempen PRN sabah termasuk ceramah perdana  bersama Perdana Menteri, selain lawatan ke Pitas dan Kota Belud berikutan arahan menjalani kuarantin di Kota Kinabalu, Sabah.
Ini susulan daripada kontak rapat beliau Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Mohd Razlan Rafii telah disahkan positif COVID-19.
Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu telah menggunakan perintah pengawasan dan pemerhatian bagi kontak jangkitan COVID-19 untuk mengarahkan Menteri Wilayah Persekutuan itu menjalani kuarantin dikediamannya di Kota Kinabalu semalam.
Menurut Annuar ujian RT-PCR di Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang dibuat beliau pada Isnin lepas berkeputusan negatif.
Walaubagaimanapun, beliau menjalani satu lagi ujian oleh Jabatan Kesihatan Kota Kinabalu semalam dan keputusan dijangka diperoleh dalam masa terdekat.
Annuar yang juga koordinator BN Pilihan Raya Negeri Sabah berkata, beliau akan terus bertugas dan berkomunikasi dengan semua peringkat jentera seperti biasa dari kediamannya.

Artikel berkaitan

Komen

Berita terkini

Popular