Pemangku Raja Pahang Titah Pahang Buat Solat Hajat

0
233

KUANTAN, 24 Sept — Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman berkata Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah menitahkan agar semua masjid di Pahang mengadakan solat hajat, bacaan Yassin dan Tahlil serta doa selamat bagi mendoakan kesembuhan segera buat Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas solat Maghrib hari ini.
Tengku Hassanal juga berkenan supaya solat hajat turut dilakukan selepas solat Jumaat esok bagi mendoakan kesembuhan segera dan kesihatan yang baik dan berpanjangan untuk Seri Paduka.
Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang dalam kenyataannya turut mendoakan agar Allah lindungi negara dan Pahang dari segala bencana, wabak, mala petaka dan huru-hara

Istana Negara mengesahkan Al-Sultan Abdullah yang juga Sultan Pahang dimasukkan ke Wad Diraja IJN pada Selasa lepas selepas mengadu kurang selesa. Walaubagaimanapun, kesihatan Seri Paduka tidak dalam keadaan membimbangkan.