Aplikasi TikTok Mahu Diharamkan Di US

0
320

San Francisco, 24 Sept — Aplikasi popular milik syarikat China, TikTok menjadi sasaran ketegangan antara Beijing dan Washington apabila Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ingin mengharamkan aplikasi tersebut atas faktor keselamatan.
Sehubungan dengan itu, TikTok telah membawa kes tersebut ke Mahkamah Persekutuan untuk menyekat tindakan Trump yang mahu mengharamkan aplikasi tersebut jika tidak dijual kepada syarikat AS.
Memetik ‘kenyataan bertentangan dan mengelirukan mengenai TikTok’, dalam usul injuksi awal berpendapat tindakan Trump yang mengugut akan mengharamkan aplikasi terbabit bukan didorong atas faktor keselamatan sebaliknya atas pertimbangan politik berkait dengan pilihan raya yang akan berlangsung.
Hakim dijangka akan membuat keputusan sama ada akan menggantung arahan Trump atau sebaliknya selepas mendengar hujah dari pihak pendakwaraya hari ini.
Walaubagaimanapun, perjanjian yang membenarkan syarikat gergasi Lembah Silikon, Oracle, menjadi rakan kongsi data bagi TikTok telah dipersetuji oleh Trump sebelum ini.
Ia seterusnya mengelakkan penutupan aplikasi video popular milik China, yang sebelum ini dikatakan Washington mengancam keselamatan AS.
Perjanjian itu diumumkan kedua-dua belah pihak dengan Walmart sebagai rakan niaga komersial. Kira-kira 25,000 peluang pekerjaan dibuka apabila syarikat AS baharu diwujudkan melalui perjanjian ini. –