Anwar Perlu Ikut Perlembagaan Persekutuan

0
281

KOTA KINABALU, 24 Sept  — Rentetan daripada pengumuman  yang dibuat melalui sidang media oleh Presiden PKR, Anwar Ibrahim yang mendakwa beliau mempunyai sokongan majoriti daripada ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam kenyataannya menyatakan bahawa apa saja dakwaan yang dikeluarkan oleh sesiapa pun hanya akan dilaksanakan berpandukan peruntukan perlembagaan.
Tambahnya lagi, Malaysia merupakan negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen yang disokong oleh sistem perlembagaan.
Oleh itu, pembentukan kerajaan baharu harus dilaksanakan berpandukan Perlembagaan Persekutuan dengan turut mengambil kira budi bicara Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Muhyiddin berkata bahawa beliau masih perlu berkhidmat kepada semua rakyat Malaysia kerana masih lagi memegang jawatan Perdana Menteri.
Muhyiddin sebelum ini dilantik menjadi Perdana Menteri mengikut Perlembagaan Persekutuan oleh Yang di-Pertuan Agong susulan daripada berlakunya krisis politik apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad meletak jawatan.