KUALA LUMPUR, 23 Sept — Kerajaan hari ini mengumumkan akan membuka semula permohonan Geran Khas Prihatin (GKP) pada 1 Oktober hingga 31 Oktober 2020 ini dengan menyasarkan kepada lebih 200,000 peniaga mikro dan melibatkan peruntukan hampir RM600 juta.
Untuk yang tidak sempat membuat permohonan sebelum ini, dan juga peniaga yang tidak memenuhi syarat berdaftar sebelum 1 Januari 2020, GKP akan dibuka semula kepada peniaga mikro yang berdaftar atau memegang lesen berniaga dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau Pihak Berkuasa Tempatan sehingga 31 Ogos 2020.
Permohonan GKP yang dibuka pada 1 Mei sehingga 15 Mei 2020 lepas dengan kadar bantuan berjumlah RM3,000 telah memberi manfaat kepada 545,000 peniaga kecil di seluruh negara dengan jumlah penyaluran sebanyak RM1.63 bilion untuk tujuan ini.
Bayaran dijangka akan disasarkan bermula 25 November ini.
–