1.3Juta Pekerja Dapat Manfaat Subsidi Upah 2.0

0
238

KUALA LUMPUR, 23 Sept  — Program Subsidi Upah 2.0 yang dijangka akan memanfaatkan 1.3 juta pekerja dan melibatkan peruntukan sebanyak 2.4 billion diperkenalkan bagi membantu majikan dan pekerja dalam sektor-sektor yang masih terjejas iaitu syarikat yang masih menghadapi pengurangan hasil sekurang-kurangnya 30 peratus berbanding tahun lepas.
Subsidi upah akan diberikan selama tiga bulan pada kadar RM600 sebulan untuk setiap pekerja sehingga maksimum 200 pekerja.
Subsidi upah sebelum ini berakhir 30 September ini dan permohonan baru boleh dibuat dari 1 Oktober hingga 31 Disember.

Pada mereka yang tidak layak menerima Program Subsisi Upah kerana tidak menepati syarat kelayakkan berdaftar dengan PERKESO sebelum 1 April 2020, Program Subsidi Upah 2.0 membolehkan permohonan baru dibuat untuk syarikat yang berdaftar degan PERKESO sehingga 31 Ogos 2020.
Bagi syarikat yang tidak pernah menerima bantuan di bawah Program Subsidi Upah, Perdana Menteri mengumumkan bahawa mereka layak menerima subsidi upah sehingga enam bulan.

Sebelum ini, kerajaan telah memperkenalkan Program Subsidi Upah semasa PKP untuk menyediakan bantuan kepada majikan tanpa mensyaratkan kehilangan hasil bagi syarikat kecil.

Tambahnya lagi, dengan peralihan kepada pelaksanaan PKPP, kebanyakan syarikat dapat beroperasi semula dan berniaga dengan giat.