PRN Sabah : Pengundian Awal Bermula Hari Ini

0
242

KOTA KINABALU, 22 Sept  — Bermula 8 pagi, proses pengundian awal Pilihanraya Negeri Sabah (PRN) berjalan lancar walaupun cuaca agak mendung  di beberapa kawasan.
Sebanyak 55 pusat mengundi di seluruh negeri dibuka untuk membolehkan 16,877 anggota polis, tentera dan pasangan mereka membuat undian.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan bahawa setiap pengundi perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti memakai pelitup muka, saringan suhu badan, mengamalkan penjarakan fizikal dan menggunakan pensanitasi tangan bagi mengekang penularan COVID-19.
Proses pengundian awal disaksikan oleh ejen calon dan pemerhati pilihan raya yang dilantik SPR selain disiarkan secara langsung menerusi Facebook SPR.
Sehingga pukul 11 pagi hari ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menganggarkan 46 peratus telah keluar mengundi.
Proses pengundian awal akan berlangsung sehingga 5 petang ini.