Saturday, October 23, 2021
ISU SEMASAAl-Sultan Abdullah Masuk Wad IJN

Al-Sultan Abdullah Masuk Wad IJN

KUALA LUMPUR, 22 Sept  — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dimasukkan ke dalam Wad Diraja Institut Jantung Negara (IJN) sejak semalam untuk menjalani rawatan setelah mengadu kurang selesa.
Walaubagaimanapun, menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, kesihatan Al-Sultan Abdullah tidak dalam keadaan yang membimbangkan dan Seri Paduka telah dinasihatkan supaya diawasi oleh doktor.
Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang dalam rangka lawatan peribadi ke Kota Bharu, Kelantan semalam, telah membatalkan lawatan tersebut yang dijadualkan berlangsung selama tiga hari sehingga esok dan bergegas pulang hari ini, untuk bersama dengan Al-Sultan Abdullah.
Seluruh rakyat diseru untuk mendoakan Al-Sultan Abdullah semoga dikurniakan kesembuhan dan kesihatan yang berpanjangan.

Artikel berkaitan

Komen

Berita terkini

Popular