Wednesday, October 20, 2021
ISU SEMASABunuh Bapa Kandung Dengan Botol

Bunuh Bapa Kandung Dengan Botol

IPOH, 21 Sept — Seorang lelaki di bawa ke Mahkamah Majistret di sini hari ini untuk didakwa atas kesalahan membunuh bapa kandungnya sendiri.
Tertuduh, Pang Kar Foong, 49 mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus. Sungguhpun demikian, tiada pengakuan direkodkan
Tertuduh yang juga seorang penganggur didakwa dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.
Tertuduh didakwa sengaja menyebabkan kematian, Pang Ket Tai, 75, di dalam sebuah rumah di Jalan Besar K/B Gunung Rapat di sini pada kira-kira 6.30 petang, 12 Sept lepas dengan menggunakan botol dan serpihan botol kicap.
Tertuduh diwakili oleh Peguam R. Rajasegaran manakala pendakwaan dikendalikan oleh  Timbalan Pendakwa Raya K. Darinee.
Menurut peguambela tertuduh, tertuduh sedang menjalankan rawatan susulan sakit mental di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan.
Sebutan semula kes ditetapkan pada 9 Nov depan, bagi mendapatkan laporan bedah siasat.

– – – – –

Artikel berkaitan

Komen

Berita terkini

Popular