Thursday, October 21, 2021
POLITIK "BERSATU Tidak Pernah Sokong Najib" - Timbalan Menteri

[VIDEO] “BERSATU Tidak Pernah Sokong Najib” – Timbalan Menteri

Calon ketua Pemuda Bersatu (Armada) Nasional, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata bahawa Bersatu tidak pernah menyokong bekas perdana menteri Najib Razak dan tidak pernah redha dengan 1MDB dan SRC.

“Kita masih dilandasan yang sama seperti mana yang kita tubuhkan parti ini dulu.

“Kita tidak pernah menyokong Bossku (Najib Razak). Kita tidak pernah redha dengan 1MDB, SRC, asas perjuangan kita pada awal dulu.

“Dan kerana itulah kita mendapat keberkatan.” katanya.

Kenyataan Wan Ahmad Fayhsal itu menunjukkan seolah-olah sokongan Najib terhadap Bersatu menjaid kerajaan dan Muhyiddin untuk menjadi Perdana Menteri ke-8 seperti tiada erti.

Beliau seterusnya melanjutkan ucapannya dengan berkata sebagai timbalan menteri, dia dapat ‘permudahkan’ urusan untuk membantu ahli Armada melalui exco-exco yang dilantik kelak.

Timbalan menteri belia dan sukan itu berkata demikian dalam klip video yang dikatakan dirakam ketika Wan Ahmad Fayhsal berkempen bersama Armada Pahang bagi pemilihan calon Ketua Armada yang dijadual berlangsung pada 27 September ini.

“(Contohnya) ada (ahli) Armada di Pahang yang terlibat dengan pertanian, kita fikir jalan macam mana nak tubuhkan konsortium Armada Pahang yang terlibat dengan pertanian.

“Jadi kita jumpa Datuk Ronald (Kiandee) (Menteri Pertanian dan Industri Makanan) dan beritahu ini hajat Armada Pahang. Tolong datuk. Bantu kami.

“Dan saya sebagai timbalan menteri, dan Insya-Allah, ketua Armada Nasional, akan permudahkan.

“Bagaimana? Saya keluarkan surat sokongan sebagai timbalan menteri, sebagai ketua Armada dan saya akan buat salinan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, untuk perkukuhkan.

“Itu guna jawatan! Jawatan ini diberi untuk permudahkan kalian. Bukan untuk saya seorang. Tapi untuk bantu kalian, bantu saya juga.

“Pertama, undilah saya,” katanya menerusi video terbabit.

Malaysiakini sudah menghubungi Wan Ahmad Fayhsal untuk mendapatkan ulasan.

Untuk rekod, pemilihan ketua Armada yang bakal berlangsung pada 27 September akan berjalan serentak dengan perhimpunan agung Bersatu.

Wan Ahmad Fayhsal akan berentap dengan Exco Pemuda Bersatu (Armada) Muzzammil Ismail bagi merebut jawatan Ketua Pemuda.

Ketika pentadbiran PH, Wan Ahmad Fayhsal merupakan pegawai khas Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang merupakan menteri belia dan sukan ketika itu.

Susulan ‘Langkah Sheraton’ yang menyaksikan tumbangnya PH, Wan Ahmad Fayhsal diangkat sebagai senator, sebelum menjadi timbalan menteri belia dan sukan, sementara Syed Saddiq digugurkan dari parti bersama beberapa pemimpin lain yang menyokong Dr Mahathir Mohamad.

Sumber: https://cin-ca.blogspot.com/2020/08/bersatu-tidak-pernah-sokong-najib-timb.html#ixzz6UpBIdtSQ

Artikel berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Berita terkini

Popular