ADUN DAP Buat Laporan Polis, “Takut” Dengan Dokumen Didedah Najib

0
4174

Saya diberitahu ADUN DAP Chris Lee bersama ahli-ahli DAP telah membuat laporan polis terhadap saya hari ini kerana saya membuat posting tentang keadaan kewangan kritikal syarikat terowong tahun 2011 dan 2012 pada ketika projek RM6.34b diberi kerajaan DAP kepada syarikat tersebut.

Chris kata kes sudah di mahkamah dan saya tak patut dedahkan dokumen-dokumen tersebut kerana ianya mungkin menjadi bukti penting dalam perbicaraan kes Guan Eng.

Posting Chris Lee tentang laporan polis dia terhadap saya:
https://www.facebook.com/chrisleechunkit/posts/3139259316157914
Ini posting saya semalam yang merupakan subjek laporan polis Chris Lee hari ini: https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157272611340952

Pertamanya, laporan kewangan tahunan syarikat merupakan dokumen awam yang perlu diserahkan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Sesiapa pun boleh meminta dokumen tersebut dari SSM.

Kedua: Saya dah lama buat posting dengan dokumen-dokumen tersebut SEBELUM Guan Eng didakwa untuk projek terowong.

Baca sini: https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157191449120952
dan sini: https://www.facebook.com/…/a.294787430951/10157193599050952/

Ketiga: Dokumen-dokumen ini dah lama dibongkar BN. Sejak tahun 2017 dah bongkar pun: http://www.bnsc.my/2017/07/did-penang-govt-break-established.html

Eh.. Chris.. kenapa baru sekarang DAP mula nak takut dengan dokumen-dokumen ini?

Artikel dipetik dari Facebook Najib Razak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here