93 Sekolah Daif Di Sarawak Dibina Semula

0
591

93 buah sekolah daif di Sarawak akan dibina semula di bawah peruntukan RM1 bilion melibatkan beberapa fasa, dedah Menteri Kanan (Infrastruktur) Dato Sri Fadillah Yusof.

“Pada tahun 2020 Sarawak tidak menerima sebarang peruntukan daripada kerajaan pusat untuk pembinaan sekolah daif namun Sarawak telah menggunakan peruntukan melalui rundingan bersama kerajaan Perikatan Nasional (PN) bernilai 1 bilion.

“Peruntukan RM1 bilion ini Sarawak telah pun membayar sebanyak 700 juta di mana daripada 700 juta tersebut, 350juta telah digunakan kepada 41 buah sekolah dalam fasa pertama, 52 buah sekolah dalam fasa kedua dengan peruntukan 350 juta juga dan fasa ketiga sedang dimuktamadkan, bermakna ada lebih 300 juta lagi daripada peruntukan 1 bilion tersebut,” katanya pada sidang media mengenai Status Terkini Pelaksanaan Projek Sekolah Daif di sini, pada Jumaat.

Sidang Media mengenai Status Terkini Pelaksanaan Projek Sekolah Daif pada 26 Jun 2020 (Jumaat)

Menurut beliau lagi, 41 buah sekolah pada fasa pertama kini dalam proses pembinaan dan sebahagian daripadanya dalam proses perolehan.

Untuk fasa kedua pula 53 buah sekolah masih berada dalam proses pra tender manakala untuk fasa ketiga, jumlah sekolah masih belum dimuktamadkan.

“Sekolah-sekolah yang terlibat dibina semula adalah untuk menggantikan sekolah-sekolah yang daif dengan tambahan gantian penuh untuk bangunan yang dikategorikan usang,” ujarnya.

Sekitar lawatan Dato’ Sri Fadillah Yusof di Sk Grogo, Bau.

Pada masa yang sama, beliau turut mengadakan lawatan ke SK Grogo, Bau yang merupakan antara sekolah yang tergolong dalam Projek Pembinaan Semula Sekolah Daif di Sarawak.

Guru Besar Sk. Grogo, Lusi Lottey.

Guru Besar Sk Grogo, Lusi Lottey ketika ditemui memberitahu, keadaan sekolah berkenaan sebelum ini sudah berada di tahap kritikal.

“Sebelum ini keadaan sekolah sangat daif di mana ada sesetengah bangunan kelas senget, dinding tidak mencecah lantai dan bangunan sekolah bergegar dan perkara itu mengancam keselamatan pelajar dan juga guru,” katanya.

Tambah Lusi, Sk Grogo, Bau kini sudah mencecah usia 61 tahun dan mengharapkan dengan pembinaan baru, sekolah tersebut akan mampu menampung seramai 400 orang pelajar.

Keadaan SK Grogo, Bau sebelum ini.
Keadaan SK Grogo, Bau sebelum ini.
Keadaan SK Grogo, Bau sebelum ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here